hmm... saya ingin memberi sedikit pandangan tentang peperangan. Mengapakah kejayaan tentera Islam di Baitulmaqdis di panggil kejayaan yang 'membebaskan' bandar tersebut dari pihak Salib? Bukankah perkara yang berlaku hanyalah sebuah tentera dibawah Salehuddin berjaya menawan sebuah bandar? Pada pandangan saya ianya bukannya satu kejayaan agama Islam,apakah taknya dengan kematian beratus ratus nyawa dalam peperangan, kematian yang tidak kita tidak tahu adakah mati syahid atau tidak kerana keputusan itu bukan di tangan kita, dan juga kematian di pihak lawan kerana itu bermakna lebih nyawa yang kita gagal untuk diselamatkan dari neraka. Ianya cuma satu kejayaan politik satu kerajaan yang beragama Islam, yang jika dilihat dari satu sudut yang neutral,menggunakan pengaruh agama untuk mendapatkan sokongan.Tapi saya bersetuju bahawa pihak tentera Salib juga menggunakan agama untuk mendapatkan sokongan dan merekalah yang telah mengundang peperangan dan kekalahan ini kerana jika tidak silap saya mereka tidak membenarkan orang Islam melawat Baitulmaqdis,namun begitu tidak silap saya juga sebelum Baitulmaqdis ditawan tentera salib,terdapat juga orang kristian yang ingin melawat Baitulmaqdis yang dibunuh oleh orang islam....saya meminta maaf jika saya salah tentang bab sejarah ini kerana saya memang kurang pengetahuan...apa yang saya ingin cakap hanyalah mungkin kita tidak patut terlalu mengaitkan kejayaan peperangan ini sebagai satu kejayaan AGAMA ISLAM kerana ini memberi imej yang salah tentang agama Islam. Ini cumalah satu pandangan...bahawa agama walaupun merangkumi aspek politik tetapi kadang kala tidak patut dikaitkan dengan politik. Satu lagi... adakah tepat jika kita katakan Barat adalah musuh kita? Saya mengakui kita memang sedang berteligkah dengan Barat tetapi adakah mereka benar benar ingin melihat agama Islam hancur musnah,pupus? Saya mengakui saya naif tentang apa-apa konspirasi orang bukan Islam yang ingin melihat Islam pupus, tetapi apa yang saya rasa cumalah tindak tanduk Barat biasanya berlandaskan politik,bukan agama. Konspirasi ingin menguasai bekalan minyak mungkin benar kerana minyak adalah ibarat emas...tetapi itu adalah politik,bukan agama.Tetapi jika kita fikirkan lagi, mengapakah mereka bertelingkah dengan kita? Siapakah yang menyerang penduduk awam tanpa mensasarkan tentera lawan? Siapakah yang bersembunyi di kalangan penduduk awam? Siapakah antara pengeluar terbesar bahan mentah dadah sekarang? Siapakah yang mempunyai undang undang yang bercampur aduk dengan undang undang adat yang kadang kala tidak munasabah? Siapakah yang menghukum mangsa rogol kerana dia bersama lelaki bukan muhrim ketika di rogol(mungkinkah dia diculik??) ? Probably what we should do is try to look at ourselves and correct our own wrong,then we should explain to them about us in a way that they can hear us,logic. And maybe we shouldn't be too easily offended by what they say about us because they don't know what we know or they don't see the way that we see. Then maybe we won't become enemies with them and then slowly they'll see the light as we have.
I apologize for saying this in English, just feel more comfortable discussing such stuff in english
And i would like to make clear again that this is just an opinion from a muslim who at times try to look at ourselves from the other's side view and i admit my knowledge in religion is not as deep as most of u here

No comments:
Post a Comment